Kamis, 08 Desember 2016

MAULID NABI 1


240.Renungan Siang !!!

🌻🌻🌻🌻MENGENAL NABI SAW 🐝🐝🐝🐝🐝
1.Perkataan Nabi berdasarkan wahyu.
{ ﻭﻣﺎ ﻳﻨﻄﻖ ﻋﻦ ﺍﻟﻬﻮﻯ { ﺃﻱ : ﻣﺎ ﻳﻘﻮﻝ ﻗﻮﻻ ﻋﻦ ﻫﻮﻯ
ﻭﻏﺮﺽ } ﺇﻥ ﻫﻮ ﺇﻻ ﻭﺣﻲ ﻳﻮﺣﻰ { ﺃﻱ : ﺇﻧﻤﺎ ﻳﻘﻮﻝ ﻣﺎ ﺃﻣﺮ ﺑﻪ ،
ﻳﺒﻠﻐﻪ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻛﺎﻣﻼ ﻣﻮﻓﺮﺍ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺯﻳﺎﺩﺓ ﻭﻻ ﻧﻘﺼﺎﻥ
{ ﻭﻣﺎ ﻳﻨﻄﻖ ﻋﻦ ﺍﻟﻬﻮﻯ }
maksudnya beliau tidaklah
mengucapkan ucapan (dalam urusan agama) yang bersumber dari hawa nafsu dan interes pribadi, { ﺇﻥ ﻫﻮﺇﻻ ﻭﺣﻲ ﻳﻮﺣﻰ } maksudnya semata-mata beliau hanya
mengatakan apa yang diperintahkan kepada beliau, beliau pun menyampaikannya kepada manusia dengan
sempurna, lengkap, tanpa penambahan dan
pengurangan (sedikitpun).
2.Kemuliaan Akhlak Nabi.
ﻭَﺇِﻧَّﻚَ ﻟَﻌَﻠَﻰٰ ﺧُﻠُﻖٍ ﻋَﻈِﻴﻢٍ
“Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang agung” (Al-Qolam: 4).
3.Derajad Nabi.
ﺃَﻟَﻢْ ﻧَﺸْﺮَﺡْ ﻟَﻚَ ﺻَﺪْﺭَﻙَ
(1)”Bukankah Kami telah melapangkan untukmu
dadamu?,
ﻭَﻭَﺿَﻌْﻨَﺎ ﻋَﻨْﻚَ ﻭِﺯْﺭَﻙَ
(2) dan Kami telah menghilangkan darimu bebanmu,
ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺃَﻧْﻘَﺾَ ﻇَﻬْﺮَﻙَ
(3) yang memberatkan punggungmu?
ﻭَﺭَﻓَﻌْﻨَﺎ ﻟَﻚَ ﺫِﻛْﺮَﻙَ
(4) Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu” (Al- Insyiraah: 1-4) .
Syaikh Abdur Rahman As-Sa’di rahimahullah
mengatakan, “Firman Allah Ta’ala -dalam rangka
mengingatkan nikmat-Nya yang dianugerahkan kepada Rasul-Nya { ﺃَﻟَﻢْ ﻧَﺸْﺮَﺡْ ﻟَﻚَ ﺻَﺪْﺭَﻙَ } maksudnya, Kami
lapangkan dadanya untuk menerima syari’at Islam dan untuk berdakwah (mengajak manusia) kepada Allah,
untuk bersifat dengan akhlak yang baik, semangat menyambut akhirat, dan memudahkan kebaikan-kebaikan hingga tidak sempit dadanya. Setiap kali
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan
kebaikan. ”
*MAULID NABI SAW*
🙏🏻💐💐💐💐💐💐💐🙏🏻
*BIODATA RASULULLAH S.A.W*
🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.
🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
🎈 *USIA 5 TAHUN*
💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
🎈 *USIA 6 TAHUN*
💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
🎈 *USIA 8 TAHUN*
💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
🎈 *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
🎈 *USIA 20 TAHUN*
💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
🎈 *USIA 25 TAHUN*
💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
🎈 *USIA 35 TAHUN*
💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
😎SEMOGA BERMANGAAT. AAMIIN.😍😍😍
bersambung..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

Majelis Ulama Indonesia

Dunia Islam

Informasi Kesehatan dan Tips Kesehatan

Total Tayangan Halaman