Senin, 21 Desember 2015

CINTA RASUL SAW




CINTA DENGAN BERSHALAWAT ?

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” [At-Taubah: 128].
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ”. (رواه مسلم في صحيحه)”.
Ertinya:
“Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”. (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya).
Muqaddimah
وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا”. (الحشر: 7)
“Apa yang diberikan oleh Rasulullah kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”. (Surah al-Hasyr: 7)
Beliau adalah manusia yang paling mulia akhlaknya. Beliau sangat dermawan, paling dermawan di antara manusia. Pada bulan Ramadhan, beliau lebih dermawan lagi, lebih kencang memberi dibanding angin yang berhembus.
Jika memilih urusan, beliau pilih yang paling mudah selama tidak melanggar syariat Allah. Beliau sangat menghindar dari dosa. Jika diri beliau dizalimi, beliau sangat sabar. Namun, jika hak Allah yang dilanggar, beliau sangat murka.
Sangat pemalu melebihi gadis pingitan. Jika beliau tidak menyukai sesuatu, langsung terlihat pada raut wajahnya. Beliau tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika beliau suka maka dimakanlah makanan itu. Jika tidak suka, maka beliau tinggalkan tanpa mencelanya.( HR. Al-Bukhari, no. 3549, 35554, 3560, 3562, dan 3563)
Bicaranya sangat fasih dan jelas. Beliau menguasai logat-logat bangsa Arab. Mampu berbicara pada tiap suku bangsa Arab dengan logat masing-masing suku.
Jika dimintai sesuatu, beliau tidak pernah menjawab, “Tidak.”
Mecintai Rasulullah saw ?
Allah SWT berfirman:
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأْتِيَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِ وَٱللَّهُ لاَ يَهْدِي ٱلْقَوْمَ ٱلْفَاسِقِينَ
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [Surah At-Taubah: 24]
Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Maksudnya: Tidak beriman seseorang itu (dengan iman yang sempurna) sehinggalah aku menjadi paling dicintai olehnya lebih daripada anaknya sendiri, ayahnya dan daripada seluruh manusia”. [Hadith riwayat Imam Al-Bukhari (no: 14) dan Imam Muslim]
Nama Allah swt Bersanding dengan Beliau ?
Di manakah diangkat sebutan nama Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam yang digandingkan dengan nama Allah Azza wa jalla? Sudah tentu, antaranya adalah dalam kalimah syahadah. Bahkan, kalimah Allah Muhammad (shollallahu ‘alaihi wasallam) diletakkan di tempat teragung.
Al-Imam al-Hakim meriwayatkan kisah taubat Nabi Adam AS dalam kitab al-Mustadrak:
لَمَّا اقْتَرَفَ آدَمُ الْخَطِيئَةَ قَالَ : يَا رَبِّ أَسْأَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ لَمَا غَفَرْتَ لِي ، فَقَالَ اللَّهُ : يَا آدَمُ ، وَكَيْفَ عَرَفْتَ مُحَمَّدًا وَلَمْ أَخْلُقْهُ ؟ قَالَ : يَا رَبِّ ، لِأَنَّكَ لَمَّا خَلَقْتَنِي بِيَدِكَ وَنَفَخْتَ فِيَّ مِنْ رُوحِكَ رَفَعْتُ رَأْسِي فَرَأَيْتُ عَلَىَ قَوَائِمِ الْعَرْشِ مَكْتُوبًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ فَعَلِمْتُ أَنَّكَ لَمْ تُضِفْ إِلَى اسْمِكَ إِلَّا أَحَبَّ الْخَلْقِ إِلَيْكَ ، فَقَالَ اللَّهُ : صَدَقْتَ يَا آدَمُ ، إِنَّهُ لَأُحِبُّ الْخَلْقِ إِلَيَّ ادْعُنِي بِحَقِّهِ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ وَلَوْلَا مُحَمَّدٌ مَا خَلَقْتُكَ
Maksudnya: Ketika Nabi Adam melakukan kesalahan maka baginda berkata: “Wahai Tuhan. Saya meminta dengan hak Muhammad, tidakkah Engkau mengampuni daku. Lalu, Allah U berfirman: “Wahai Adam, bagaimana kamu mengetahui Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?” Nabi Adam menjawab: “Wahai Tuhan. Demikian kerana, ketika kamu menciptakanku dengan yadd kekuasaan-Mu, lalu Engkau meniup padaku daripada roh-Mu, maka aku mengangkat kepalaku dan melihat pada tiang-tiang Arasy tertulis tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad ialah pesuruh Allah. Maka saya mengetahui bahawa Engkau tidak menisbahkan kepada nama-Mu melainkan kepada makhluk yang Engkau paling sayang. Maka, Allah berfirman: “Benar wahai Adam. Sesungguhnya baginda ialah makhluk yang paling disayangi di sisi-Ku. Doalah dengan hak baginda, sesungguhnya Aku telah mengampunimu. Maka jika bukan kerana Muhammad, Aku tidak menciptakan engkau.
Rasululullah saw Dimuliakan ?
Firman Allah SWT ;
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
(Surah al-Ahzaab, 33: 56)
Perhatikan firman Allah di atas bagaimana Allah memulakan dengan DiriNya yang Maha Agung dalam perintah selawat sedangkan di dalam perintah ibadah yang lain Allah tidak ada seumpamanya. Inilah yang menunjukkan betapa selawat ini sesuatu yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim.
Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)
Telah bersabda Junjungan Nabi s.a.w. : ” Orang yang bakhil itu adalah orang yang ketika mana aku disebut di sisinya dia tidak mengucapkan sholawat ke atasku.” Hadits diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Baginda ‘Ali r.a. dan dihukumkannya sebagai hasan shohih.
Bagaimana Allah SWT Memuliakan Kekasih-Nya shollallahu ‘alaihi wasallam?
Antara jalan untuk menyemarakkan dan menyuburkan kecintaan kita kepada Saidina Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, yang mana kecintaan kepada Saidina Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam adalah jalan menuju cinta kepada Allah azza wa jalla, adalah: menghayati bagaimana Allah azza wa jalla mencintai dan memposisikan Kekasih-Nya shollallahu ‘alaihi wasallam. Daripada itulah, kita akan semakin menuju kepada keindahan cinta kepada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, lalu cinta kepada Allah azza wa jalla.
Terlalu banyak bukti dan penzahiran kecintaan Allah azza wa jalla kepada SAidina Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, menunjukkan kedudukan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam itu sendiri, di dalam al-Qur’an, selain dalam lipatan Sirah Nabawiyyah. Jika Allah azza wa jalla sendiri telah memuji dan mengagungkan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam di tempat yang teragung secara maknawi, iaitu dalam al-Qur’an, maka tiada siapa yang dapat mengagungkan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam lebih daripada pengagungan Allah azza wa jalla. Bahkan, semua orang yang faham hakikat ini, mengagungkan dan memuliakan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam kerana mengikut Allah azza wa jalla.
Cinta Salaf ?
Contoh-contoh cinta al-Salaf kepada Saidina Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam
1) Abu Sufyan pernah menyebut
ما رأيت من الناس أحدا يحب أحدا كحب أصحاب محمد محمدا
Maksudnya: “Aku tidak pernah melihat dari kalangan manusia seseorang yang mengasihi seseorang lebih daripada kecintaan para sahabat Muhammad (shollallahu ‘alaihi wasallam) kepada Muhammad (shollallahu ‘alahi wasallam).
2) Abdah binti Khalid berkata
ما كان خالد يأوي إلى فراش إلا وهو يذكر من شوقه إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم و إلى أصحابه من المهاجرين و الأنصار يسميهم و يقول : هم أصلي و فصلي و إليهم يحن قلبي طال شوقي إليهم فعجل ربي قبضي إليك حتى يغلبه النوم
Tiadalah Khalid (bapanya) meletakkan kepalanya di atas katilnya melainkan dia akan mengungkapkan kerinduannya kepada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat Baginda dari kalangan Muhajirin dan Ansor. Beliau akan menyebut nama-nama mereka seraya berkata: “Mereka itu adalah sumberku dan pemisahku (rasa kehilangan setelah kematian mereka). Kepada mereka hatiku merintih kerinduan yang sangat lama. Wahai Tuhan, segerakan kematianku agar dapat aku bertemu dengan mereka. Sehinggalah beliau tertidur. [Al-Hilyah oleh Imam Abu Nu’aim (5/210) dan Tarikh Dimasyq (15/199)]
3) Al-Qadhi Iya’ meriwayatkan dalam kitab As-Syifa bi Ta’rif Huquq Al-Mustofa (jilid 2 no: 92):
ولما احتضر بلال – رضي الله عنه – نادت امرأته : واحزناه ! فقال : واطرباه ! غدا ألقى الأحبه ، محمدا ، وحزبه .
Maksudnya: Ketika Saidina Bilal r.a. dalam keadaan nazak, isterinya menyebut: “Alangkah sedihnya”. Lalu, Saidina Bilal r.a. menjawab: “Bahkan alangkah gembiranya. Esok bertemu dengan para kekasih. Muhammad (shollallahu ‘alaihi wasallam) dan para pengikut Baginda (shollallahu ‘alaihi wasalam)
4) Begitu juga para tabi’in dan generasi setelah itu sangat merindui Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam. Mus’ab bin Abdillah berkata:
كان مالك إذا ذكر النبي صلى الله عليه و سلم يتغير لونه و ينحني حتى يصعب ذلك على جلسائه فقيل له يوما في ذلك فقال لو رأيتم ما رأيت لما أنكرتم علي ما ترون و لقد كنت أرى محمد بن المنكدر وكان سيد القراء لا نكاد نسأله عن حديث أبدا إلا يبكي حتى نرحمه
Maksudnya: Apabila disebut tentang Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam, maka wajah Imam Malik akan terus berubah dan akan tertunduk lama hingga merisaukan para muridnya yang sedang duduk di sampingnya. Suatu hari apabila ditanyakan hal demikian kepadanya, lalu beliau pun menjawab: Jika kamu dapat lihat seperti mana yang aku telah lihat, nescaya kamu tidak akan menyalahkan perbuatanku. Aku pernah melihat Muhammad bin Al-Munkadir, beliau merupakan penghulu orang-orang soleh di zamannya, apabila kami bertanya tentang suatu hadis, dengan serta merta beliau menangis berterusan hinggalah kami merasa kasihan melihatnya. [Rujuk Siyar A’laam An-Nubala’]
5) Diriwayatkan suatu kisah oleh Al-Qadhi Iyad dalam As-Syifa:
ويروى أن امرأة قالت لعائشة – رضي الله عنها – : اكشفي لي قبر رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ، فكشفته لها ، فبكت حتى ماتت .
Maksudnya: Diriwayatkan pada suatu ketika, seorang perempuan berkata kepada Saidatina ‘Aishah r.a.: “Singkapkan kepadaku kubur Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam”. Lalu, SAidatina ‘Aishah menyingkapnya untuk perempuan tersebut. Lalu, perempuan itu menangis sehingga meninggal dunia.
Keutamaan Bershalawat ?
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
Sumber:1.https://pondokhabib.wordpress.com
2.https://muslimah.or.id
Jakarta 21/12/2015

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

 

Majelis Ulama Indonesia

Dunia Islam

Informasi Kesehatan dan Tips Kesehatan

Total Tayangan Laman