Minggu, 07 April 2013

ILMU QIRA'AT





                       ILMU QIRAAT Semulia-Mulia Ilmu?


Pengertian Ilmu Qiraat
Ilmu Qiraat berasal daripada  perkataan Bahasa Arab  bersifat jamak (plural) bermaksud bacaan

Ialah satu ilmu tentang cara melafazkan  kalimat-kalimat Al-Quran serta  pelaksanaannya  dengan  menisbahkan setiap bacaan kepada seorang Imam Ilmu Qiraat .

Tujuan Utama
Menekuni kalimat-kalimat Quraniyyah dari segi cara pelaksanaannya seperti  panjang atau pendek hukum tajwid ,hukum izhar dan idghom.   
  
 Faedahnya

Memelihara dan menyelamatkan seseorang daripada kesalahan dalam bacaan Al-Quran al Karim serta mengetahui setiap bacaan para Imam Qurra dan mampu membezakan setiap bacaan mereka.

Kelebihan Ilmu Qiraat :

Termasuk dalam sebaik-baik ilmu untuk dipelajari kerana berkait rapat dengan Kalam Illahi.Kemuliaan ilmu ini adalah kerana mulianya Al-Quran.
Al-Qiraat memberi maksud satu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah-kalimah tersebut seperti panjang dan sebagainya. Ilmu al-Qiraat diasas oleh Imam-Imam Qurra’. Terdapat juga pendapat yang mengatakan ianya diasakan oleh Abu Umar Hafs bin Umar Al-Duri. ILMU Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan al-Quran dan hukul mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardhu kifayah. Proses pengajaran dan pembelajaran ilmu al-Qiraat ini mestilah diambil secara bertalaqqi dan musyafahah daripada seorang guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. kerana Al-Quran dan al-Qiraat merupakan sunnah Muttaba’ ( yang diikuti ).
Terdapat dua toriq(jalan) yang menjadi panduan utama dalam disiplin ilmu al-Qiraat ini iaitu Toriq al-Syatibi( al-Qiraat Tujuh ) melalui matan حرز الأمانى ووجه التهانى dan Toriq al-Jazari( al-Qirrat sepuluh ) melalui matan طيبة النشر فى القرءات العشر . Toriq al-Syatibi dinamakan dengan الصغرى kerana periwayatan beliau terhadap turuq Qiraat adalah kecil dan sedikit, bermaksud ia tidak menyeluruh dan mendalam terhadap kesemua turuq Qiraat. Sementara toriq al-Jazari pula dinamakan dengan الكبرى kerana periwayatan beliau terhadap Turuq Qiraat adalah menyeluruh dan mencakupi semua Turuq, walaupun terdapat perbezaan diantara kedua-dua Toriq tersebut dari susur periwayatan Turuq masing-masing. Namun kedua-dua Toriq ini adalah betul dan sohih.(ruj: Abd. Jalal A.Manaf:DQ)
Pembagian Qiraat
Pembahagian Qiraat itu terbahagi kepad beberapa bahagian besar. Imam Ibnu al-Jazari mengkategorikan Qiraat itu kepada lima jenis :
1. Qiraat Mutawatir
Ia itu Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku sebarang pendustaan, seperti Qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi dan Toriq al-Jazari.
2. Qiraat Masyhur
iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai tahap mutawatir. Menepati kaedah Bahasa Arab dan membetuli salah satu Mushaf Uthmani, masyhur di kalangan Imam Qurra’ tetapi berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam Tujuh dan ada setengahnya tidak.
3. Qiraat Aahad
Iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa Arab atau bacaannya tidak masyhur di kalangan Imam Qurra’.
4. Qiraat Syazah
Iaitu Qiraat yang tiada sanadnya.
5. Qiraat Maudhu’
Iaitu Qiraat yang yang direka-reka yang bukan diambil dari Rasulullah s.a.w.
Qiraat Aahad, Qiraat Syaazah dan Qiraat Maudhu’ tidak boleh dibaca kerana ianya bukan dinamakan al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad, tetapi qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm ‘Uthmani.
Orang Pertama yang Mengumpulkannya
Dikumpul  oleh Imam-imam Ilmu Qiraat dan diriwayatkan bahawa orang pertama yang mengumpulkannya ialah Imam Abu Umar Hafs bin Umar ad Duuri.


Pembukuan Ilmu Qiraat :

Orang pertama melakukan hal ini ialah Abu Ubaid al Qaasim bin Salam  
(wafat 224 H)

Sumber pengambilan :

Melalui riwayat-riwayat  yang sahih dan mutawatir daripada Imam Qurra sehingga bertemu sanad dengan baginda Rasul SAW.

Hukum mempelajari  :

Fardu kifayah

Khilaf atau perbezaan di sisi ulama qurra terbahagi kepada dua bahagian :

1. Khilaf wajib

2. Khilaf jaiz (harus)


Bahagian pertama : Khilaf wajib

Ialah perbezaan pada 

(a)  Ilmu Qiraat (bacaan)
setiap bacaan ini disandarkan kepada Imam contohnya Ilmu Qiraat Imam Nafi', Ilmu Qiraat Imam Hamzah ,Ilmu Qiraat Imam A'sim .

(b)  Riwayat
 - bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada orang yang mengambil bacaan daripada sang imam sekalipun dengan perantaraan orang lain contohnya di sebut riwayat Warsy .Maka  Warsy boleh disebut sebagai perawi.         

( c) Thuruq
 -  thuruq dalam kaedah ilmu Ilmu Qiraat ialah perawi kepada perawi sebagai contoh thuruq Azraq.Beliau ialah perawi kepada Warsy.


Bahagian kedua : Khilaf Jaiz (harus)

Iaitu perbezaan para qurra dalam  memilih bentuk bacaan seumpama bacaan istia'azah ,bacaan basmalah antara dua surah, memilih untuk berhenti secara sukun, roum atau isymam, memilih bacaan dengan kadar panjang (ishba') 6 harakat , tawassut (pertengahan) 4 harakat atau  qashar( pendek) 2 harakat.

 IMAM QURRA BESERTA PERAWI

1. Imam Nafi' al-Madani
      - Imam Qalun
    - Imam Warsy

2. Imam Ibn Kathir al-Makki
    - Imam Bazzi
    - Imam Qunbul
3. Imam Abu Amru
    - Imam ad Duri
    - Imam as Susi

4. Imam Abdullah ibn Amir
    - Imam Hisham
   - Imam Ibn Zakwan

5. Imam Asim al-Kufi
     - Imam Syukbah
     - Imam Hafs

6. Imam Hamzah al-Kufi
     - Imam Khalaf
     - Imam Khallad

7. Imam Kisaie al-Kufi
    - Imam Abul Harith
    - Imam Ad Duri

8.  Imam Abu Jaafar al-Madani
        - Imam Ibn Wardan
    - Imam Ibn Jammaz

9. Imam Yaakub al-Hadhrami
    - Imam Ruwais
    - Imam Rauh

10. Imam Khalaf al-A'syir
      - Imam Ishak
      - Imam Idris
       
 Antara Al-Qur’an Dan Ilmu Qiraat

Menurut Imam Az-Zarkasyi di dalam kitabnya  Al-Burhan:

Al-Quran dan Ilmu Qiraat adalah dua hakikat yang berbeza.Al-Quran  ialah wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada baginda Nabi SAW  sebagai penjelasan untuk umat dan mukjizat (melemahkan cabaran penentang). Sementara Ilmu Qiraat adalah perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran pada huruf  dan cara membacanya samada takhfi, tasydid dan sebagainya.Semestinya seseorang mempelajari ilmu ini secara mushafahah (diambil dari mulut guru secara bacaan) dan talaqqi (berhadapan dengan guru) .kerana ilmu ini tidak akan diperolehi melainkan secara mendengar dan  melalui  petunjuk guru.

JAKARTA  7/4/2013

1 komentar:

  1. assalamualaikum saya mohon kongsi utk rujukan assigment t kasih

    BalasHapus

 

Majelis Ulama Indonesia

Dunia Islam

Informasi Kesehatan dan Tips Kesehatan

Total Tayangan Halaman